Interaksi 4~~Pembinaan Ujian

Saturday, July 18, 2009

OBJEKTIF

Konsep
1. Suatu jenis ujian yg memerlukan calon memberi jawapan tepat/ringkas.
2. Soalan dapat diperiksa dgn mudah & tepat.
3. Mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi.

Jenis-jenis
1. Item betul/salah:
a)Ada dua pilihan sahaja(betul@salah).
2. Item padanan:
a)Mengandungi 2 kumpulan objek yg berkaitan
b)Calon dikehendaki memilih jawapan dgn memadankan objek yg berkaitan menggunakan garis lurus dr kiri ke kanan.
3. Item pengelasan:
a) Calon dikehendaki menulis huruf/angka yg sesuai di tempat yg disediakan.
4. Item aneka pilihan:
a) Mengandungi pokok soalan & beberapa pilihan jawapan.

Prinsip Pembinaan Soalan
1. Pokok Soalan:
a) Ditulis dalam bahasa mudah difahami.
b) Boleh ditulis dalam ayat lengkap/tidak.
c) Kesukaran mengikut aras dalam JPU.
d) Soalan negatif harus dikurangkan (2%).
2. Pilihan jawapan:
a) Ditulis sejajar dgn pokok soalan.
b) Elakkan ulangan jawapan (4 pilihan jawapan).
c) Pengganggu harus disertakan.
3. Struktur item:
a) Dibentuk mengikut format yg standard.

Kelebihan
1. Mempunyai ciri keobjektifan yg tinggi.
2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan.
3. Dapat menguji banyak topik/bidang dalam sesuatu mata pelajaran.
4. Item/soalan boleh meliputi semua aras kemahiran (TB).
5. Calon yg lemah dlm penbendaharaan kata boleh menjawab soalan dengan mudah.
6. Mudah ditadbirkan.
7. Lebih kepada ujian sumatif.
8. Keputusan mudah ditafsirkan dgn analisis item.

Kelemahan
1. Sukar membina item/soalan dlm aras tinggi kognitif.
2. Perbelanjaan dan masa yg banyak diperlukan.
3. Menggalakkan calon yg tidak tahu menjawab meneka.
4. Kurang sesuai digunakan dlm ujian formatif.
5. Tidak dpt menguji kemahiran menyusun/menghurai.


SUBJEKTIF

Konsep
1. Ujian esei.
2. Ujian di mana calon diberi peluang menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri.
3. Jawapan boleh dinyatakan dalam satu/beberapa ayat/perenggan/karangan.
4. Calon bebas memilih,menerangkan dan membentangkan idea.
5. Pemeriksa akan meneliti jawapan calon dan memeriksa secara subjektif dgn markah/gred berdasarkan kriteria yg ditentukan.

Jenis-jenis
1. Item tindak balas terhad:
a) Memerlukan calon menjawab dgn jawapan pendek
b) Boleh menulis dlm 1 frasa, ayat, kenyataan yg ringkas.
2. Item tindak balas lanjutan:
a) Memberi peluang kepada calon menjawab secara bebas.
b) Boleh memberikan jawapan berdasarkan kefahaman/pendapat sendiri.
c) Boleh menguji aras kemahiran yg lebih tinggi.

Pembinaan Soalan
1. Guru membentuk JSU untuk menentukan skop/aras kemahiran.
2. Guru membina soalan berbentuk esei dgn arahan yg jelas & jawapan soalan sama ada pendek/panjang
3. Pastikan perkataan yg digunakan setaraf dgn peringkat calon.
4. Gunaka perkataan berdasarkan setiap aras dalam TB.
5. Pastikan soalan yg dibina berlandaskan sukatan pelajaran.
6. Setiap soalan harus disertakan dengan markah.

Kelebihan
1. Mudah digubal. Menjimatkan masa.
2. Sesuai dalam pelbagai mata pelajaran.
3. Sesuai digunakan untuk aras tinggi.
4. Boleh menguji kebolehan menyusun, menganalisa & mengintegrasikan idea.
5. Peluang meneka jawapan dikurangkan.
6. Peluang untuk meniru jawapan calon lain tipis.
7. Berguna untuk mengesan kelemahan calon.
8. Melatih kemahiran menulis.

Kelemahan
1. Bidang yg hendak diuji terbatas.
2. Calon boleh meramal soalan yg dikeluarkan.
3. Kurang sesuai digunakan utk menguji pencapaian murid dlm sesuatu topik.
4. Kurang sesuai kepada pelajar yg kurang mahir dalam penggunaan bahasa.
5. Mempunyai kebolehpercayaan/kesahan yg rendah.
6. Pemeriksaan kertas jawapan mengambil masa yg panjang.
7. Mempunyai keobjektifan & kemudahtafsiran yg rendah.

Jumaat(17.07.09)

Interaksi 3~~Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

KONSEP JSU

1. Jadual yang mengambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya sendiri iaitu:
a) Konstruk yang ditaksir.
b) Pemberatan setiap konstruk.
c) Konteks.
d) Pemberatan setiap konteks & taburan aras kesukaran.

CIRI-CIRI JSU

1. Mempunyai 2 paksi dalam matriks iaitu menegak & melintang.
2. Bilangan item mengikut aras & kemahiran dalam toksonomi.
3. Soalan berdasarkan topik pembelajaran.
4. Mempunyai pemberatan peratus kemahiran.
5. Mempunyai bil item mengikut bentuk dan kesukaran.
6. Bentuk ujian: Obj, esei, amali, kertas kursus dll…

KEPENTINGAN JSU

1. Boleh membina soalan berdasarkan panduan dlm aras toksonomi.
2. Menjamin kesahan kandungan.
3. Menimbulkan rasa kepentingan topik.
4. Menentukan keseimbangan topik.
5. Memberi panduan membentuk format.
6. Menstabilkan taraf & aras kesukaran.
7. Membolehkan perbandingan dibuat.

LANGKAH PEMBINAAN JSU

1. Memilih isi kandungan dlm jadual.
2.Menyenaraikan isi kandungan dlm jadual.
3.Menentukan aras kemahiran & kesukaran, kemudian menyusunnya secara mengufuk dlm JSU.
4.Menentukan bil item berdasarkan isi & aras kemahiran, kemudian menulis bil soalan 5.dalam petak berkenaan.
6.Menyemak bil soalan dengan menjumlahkan semua soalan dlm setiap baris secara tegak & mengufuk.

INDEKS KESUKARAN

1. Menentukan soalan item sama ada sukar, sederhana @ terlalu mudah.
2. Nilai pengiraan:
Iĸ= B dibahagi dengan J
**B=bil calon menjawab dengan betul
**J=bil calon menduduki peperiksaan.
Jika calon ramai:
Iĸ= Bτ Dditambah Bг dan dibahagi dengan J
** Bτ=menjawab betul dlm kmpln tinggi
** Bг=menjawab betul dlm kmpln rendah
** J=jum pelajar yg menduduki peperiksaan.

3. Indeks kesukaran (Iĸ): Iĸ< 0.3 = Terlalu sukar = diubahsuai.
4. Indeks kesukaran (Iĸ): 0.3 ≤ Iĸ ≤ 0.8 = Sederhana = diterima.
5. Indeks kesukaran (Iĸ): Iĸ > 0.8 = Terlalu mudah = diterima.

PRINSIP/HUKUM JSU

1. Kesahan isi: Mengukur pencapaian murid dengan apa yang sudah diajar.
2. Kebolehpercayaan: Pencapaian yg ketekalan.
3. Keobjektifan: Kemahiran memeriksa skrip jawapan calon.
4. Kebolehtadbiran: Kelicinan perlaksanaan ujian itu di dalam bilik darjah/ dewan peperiksaan.
5. Kemudahtafisran: Mendapatkan pencapaian/maklumat mengenai individu/kumpulan.
6. Boleh diskriminasi.

MENYEMAK ITEM/SOALAN

1. Bahasa.
2. Isi mengikut konteks/kemahiran.
3. Arahan yg jelas.
4. Masa yang bersesuaian.
5. Ujian Pra untuk menentukan sama ada soalan sesuai atau tidak yg mempunyai ciri-ciri soalan yg baik.

UJIAN PRA

1. Kesahan.
2. Boleh diskriminasi.
3. Kebolehpercayaan.
4. Kebolehtadbiran.
5. Kemudahtafsiran untuk analisis.
6. Maklumat daripada ujian pra boleh memperbaiki kelemahan soalan sebelumnya.

Jumaat(10.07.09)
Selasa(14.07.09)
Jumaat(17.07.09)

Interaksi 2~~Taksonomi Bloom & Domain Krathwohl

Friday, July 17, 2009

KONSEP TOKSONOMI BLOOM

1. Nilai berdasarkan kognitif/mental.
2. Menggunakan aspek pemikiran
3. Aspek:Pengetahuan,fakta,teori & hukum.
4. Murid akan menjadi lebih kreatif.
5. Melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek murid.
6. Cara untuk mengukur objektif P&P.

ARAS/PERINGKAT TOKSONOMI BLOOM

1. PENGETAHUAN
a) mengingat semula tanpa perubahan.
b) ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.
c) tanpa berubah.
Istilah Pengetahuah: nyatakan, terangkan, namakan, labelkan...

2. KEFAHAMAN
a) Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yg lain.
b) Menyatakan idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep, menterjemah draf.
Istilah Kefahaman: pilih, terangkan, tulis semula...

3. APLIKASI
a) Menggunakan maklumat dalam situasi yg baru untuk menyelesaikan masalah dengan
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula.
b) Membina graf daripada data...
Istilah Aplikasi: selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat...

4. ANALISIS
a) Sesuatu yg kompleks dipecahkan kepada yg kecil.
b) Membezakan fakta daripada pendapat.
c) Kaitkan bahagian.
d) Kenali struktur organisasi.
Istilah Analisis: bezakan, pastikan, pilih...

5. SINTESIS
a) Menyepadu, mencantumkan idea menjadi satu, usaha sendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan dan membuat klasifikasi.
Istilah Sintesis: bina, hasilkan, susun, kembangkan...

6. PENILAIAN
a) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir, dan mengkritik.
Istilah Penilaian: pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan...

CONTOH SOALAN BERDASARKAN TOKSONOMI BLOOM

ARAS PENGETAHUAN
1. Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A. Mereka berminat menyertai pasuka polis trafik.
B. Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik.
C. Pesalah trafik ingin membayar denda membayar denda secara beramai-ramai.

2. Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Pilih ayat Tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A. Mengapakah doctor menasihati pesakitnya?
B. Apakah nasihat doctor kepada pesakitnya?
C. Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
D. Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat?

ARAS KEFAHAMAN
1. Budin berasa gembira apabila mendapat keputusan peperiksaan.
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
A. Pilu
B. Sedih
C. Gelisah
D. Bimbang

2. Kita harus menjaga alam sekitar.
Pilih erti kata bagi perkataan yang bergaris.
A. Cuai
B. Kawal
C. Mengasuh
D. Memelihara

ARAS APLIKASI
1. Kawan kamu telah terpilih sebagai peserta terbaik semasa sukan tahunan
sekolah. Kamu berdua telah berbual-bual tentang kejayaannya.
Tulis perbualan kamu dengan kawan kamu itu.

2. Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup. Tiba-tiba
seorang rakan kamu tercedera.
Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.

ARAS ANALISIS
1. Zaman kini, kehidupan manusia mengalami banyak perubahan daripada pelbagai
aspek.
Bezakan persekitaran penduduk bandar dan luar Bandar.

2. Struktur dalaman daun mempunyai pelbagai kompenan.
Nyatakan fungsi setiap kompenan yang terdapat pada struktur daun tersebut.

ARAS SINTESIS
1. Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

2. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan.
Nyatakan faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

ARAS PENILAIAN
1. Pada pendapat anda, sejauhmanakah aktiviti kokurikulum boleh membentuk sikap
murid yang seimbang.
2. Nilaikan peranan PIBG dalam membantu kecemerlangan pendidikan di sekolah.


DOMAIN KRATHWOHL

1. Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan
individu.
2. Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran &
dalaman).
3. Aspek yang terkandung dalam domain afektif:
a) Minat
b) Tingkahlaku
c) Penghargaan
d) Nilai.
e) Emosi

PERINGKAT DOMAIN KRATHWOHL

PENERIMAAN
1. Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi.
2. Objektif am:
a) Mendengar dengan teliti.
b) Menunjukkan sensitiviti.
c) Menerima perbezaan khusus.
3. Hasil pembelajaran:
a) Menyoal, memilih, menghuraikan.
b) Mengikut, mengenalpasti, menamakan.

BERTINDAK BALAS
1. Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.
2. Boleh mengambil bahagian secara aktif.
3. Objektif am: Melengkapkan tugasan.
4. Objektif khusus: Boleh menulis ttg isi pelajaran.
5. 3 kategori:
a)Persetujuan membalas.
b)Kesediaan membalas.
c)Kepuasan membalas.

MENILAI
1. Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.
2. Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan.
3. Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.
4. 3 kategori:
a)Penerimaan
b)Pilihan
c)Penglibatan.
5. Objektif am: Menghargai orang lain
6. Objektif khusus: Boleh melaporkan

Organisasi
1. Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.
2. Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.
3. Kategori
a)Penanggapan
b)Organisasi.
4. Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta.

PERWATAKAN
1. Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
2. Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.
3. Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
4. Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.
5. Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta.

Jumaat(3.07.09)
Selasa(7.07.09)