Interaksi 2~~Taksonomi Bloom & Domain Krathwohl

Friday, July 17, 2009

KONSEP TOKSONOMI BLOOM

1. Nilai berdasarkan kognitif/mental.
2. Menggunakan aspek pemikiran
3. Aspek:Pengetahuan,fakta,teori & hukum.
4. Murid akan menjadi lebih kreatif.
5. Melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek murid.
6. Cara untuk mengukur objektif P&P.

ARAS/PERINGKAT TOKSONOMI BLOOM

1. PENGETAHUAN
a) mengingat semula tanpa perubahan.
b) ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.
c) tanpa berubah.
Istilah Pengetahuah: nyatakan, terangkan, namakan, labelkan...

2. KEFAHAMAN
a) Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yg lain.
b) Menyatakan idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep, menterjemah draf.
Istilah Kefahaman: pilih, terangkan, tulis semula...

3. APLIKASI
a) Menggunakan maklumat dalam situasi yg baru untuk menyelesaikan masalah dengan
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula.
b) Membina graf daripada data...
Istilah Aplikasi: selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat...

4. ANALISIS
a) Sesuatu yg kompleks dipecahkan kepada yg kecil.
b) Membezakan fakta daripada pendapat.
c) Kaitkan bahagian.
d) Kenali struktur organisasi.
Istilah Analisis: bezakan, pastikan, pilih...

5. SINTESIS
a) Menyepadu, mencantumkan idea menjadi satu, usaha sendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan dan membuat klasifikasi.
Istilah Sintesis: bina, hasilkan, susun, kembangkan...

6. PENILAIAN
a) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir, dan mengkritik.
Istilah Penilaian: pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan...

CONTOH SOALAN BERDASARKAN TOKSONOMI BLOOM

ARAS PENGETAHUAN
1. Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A. Mereka berminat menyertai pasuka polis trafik.
B. Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik.
C. Pesalah trafik ingin membayar denda membayar denda secara beramai-ramai.

2. Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Pilih ayat Tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A. Mengapakah doctor menasihati pesakitnya?
B. Apakah nasihat doctor kepada pesakitnya?
C. Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
D. Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat?

ARAS KEFAHAMAN
1. Budin berasa gembira apabila mendapat keputusan peperiksaan.
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
A. Pilu
B. Sedih
C. Gelisah
D. Bimbang

2. Kita harus menjaga alam sekitar.
Pilih erti kata bagi perkataan yang bergaris.
A. Cuai
B. Kawal
C. Mengasuh
D. Memelihara

ARAS APLIKASI
1. Kawan kamu telah terpilih sebagai peserta terbaik semasa sukan tahunan
sekolah. Kamu berdua telah berbual-bual tentang kejayaannya.
Tulis perbualan kamu dengan kawan kamu itu.

2. Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup. Tiba-tiba
seorang rakan kamu tercedera.
Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.

ARAS ANALISIS
1. Zaman kini, kehidupan manusia mengalami banyak perubahan daripada pelbagai
aspek.
Bezakan persekitaran penduduk bandar dan luar Bandar.

2. Struktur dalaman daun mempunyai pelbagai kompenan.
Nyatakan fungsi setiap kompenan yang terdapat pada struktur daun tersebut.

ARAS SINTESIS
1. Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

2. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan.
Nyatakan faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

ARAS PENILAIAN
1. Pada pendapat anda, sejauhmanakah aktiviti kokurikulum boleh membentuk sikap
murid yang seimbang.
2. Nilaikan peranan PIBG dalam membantu kecemerlangan pendidikan di sekolah.


DOMAIN KRATHWOHL

1. Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan
individu.
2. Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran &
dalaman).
3. Aspek yang terkandung dalam domain afektif:
a) Minat
b) Tingkahlaku
c) Penghargaan
d) Nilai.
e) Emosi

PERINGKAT DOMAIN KRATHWOHL

PENERIMAAN
1. Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi.
2. Objektif am:
a) Mendengar dengan teliti.
b) Menunjukkan sensitiviti.
c) Menerima perbezaan khusus.
3. Hasil pembelajaran:
a) Menyoal, memilih, menghuraikan.
b) Mengikut, mengenalpasti, menamakan.

BERTINDAK BALAS
1. Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.
2. Boleh mengambil bahagian secara aktif.
3. Objektif am: Melengkapkan tugasan.
4. Objektif khusus: Boleh menulis ttg isi pelajaran.
5. 3 kategori:
a)Persetujuan membalas.
b)Kesediaan membalas.
c)Kepuasan membalas.

MENILAI
1. Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.
2. Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan.
3. Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.
4. 3 kategori:
a)Penerimaan
b)Pilihan
c)Penglibatan.
5. Objektif am: Menghargai orang lain
6. Objektif khusus: Boleh melaporkan

Organisasi
1. Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.
2. Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.
3. Kategori
a)Penanggapan
b)Organisasi.
4. Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta.

PERWATAKAN
1. Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
2. Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.
3. Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
4. Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.
5. Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta.

Jumaat(3.07.09)
Selasa(7.07.09)

0 comments:

Post a Comment