Interaksi 1~~Pengertian Konsep 3P

Thursday, July 9, 2009

PENTAKSIRAN
1. "Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu"-Mokhtar,1995.
2. Proses atau nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.
3. Dilakukan ujian atau peperiksaan untuk mengetahui tahap status & nilai.
4. Merangkumi skala ordinal & skala selang.
5. Menentukan kedudukan & pencapaian murid.

PENGUJIAN
1. Perubahan tingkah laku pelajar.
2. Prosedur yg sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek
tingkah laku individu terhadap pembelajarannya.
3. Mempunyai suatu prosedur yg sistematik dr segi pentadbiran & permarkahan.
4. Boleh dilaksanakan melalui pemerhatian @ ujian formal.
5. Alat pengukur: Kognitif, Afektif & Psikomotor.
6. Peringkat: Persediaan, Pelaksanaan & Semak pengujian.

PENILAIAN
1. Menentukan perubahan tingkah laku seorang individu & membuat pertimbangan nilai.
2. Proses membuat analisis.
3. Proses selepas pentaksiran & pengujian.
4. Prosedur Penilaian
a) Persediaan ujian. d) Analisis
b) Pentadbiran ujian e) Tindakan & dapatan.
c) Pemeriksaan & pengukuran

30.Jun.09 (Selasa)

PERINCIAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN & PENILAIAN

PENTAKSIRAN

DEFINISI : 1. Alat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku.
TUJUAN : 1. Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.
BENTUK : 1. Pemerhatian.
2. Ujian lisan.
3. Bertulis.
PROSES : 1. Persediaan Ujian.
2. Pentadbiran.
3. Pemeriksaan.
MASA : 1. Selepas pembelajaran.
LIPUTAN : 1. Terhad pada sesuatu kemahiran atau pembelajaran.
KEPUTUSAN : 1. Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran
yang spesifik.

PENGUJIAN

DEFINISI : 1. Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar.
TUJUAN : 1. Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran.
BENTUK : 1. Set ujian bertulis dengan markah & gred.
PROSES : 1. Proses pengujian.
2. Merekod markah/gred.
MASA : 1. Selepas pembelajaran.
LIPUTAN : 1. Terhad pada sesuatu kemahiran atau pembelajaran.
KEPUTUSAN : 1. Menunjukkan pencapaian secara relatif.


PENILAIAN

DEFINISI : 1. Proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan
nilai.
TUJUAN : 1. Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum.
BENTUK : 1. Jadual.
2. Gred berdasarkan teknik perangkaan.
PROSES : 1. Pengukuran
2. Penganalisisian.
3. Interprestasi.
4. Melapor.
5. Tindakan.
MASA : 1. Sebelum, semasa dan selepas pembelajaran.
LIPUTAN : 1. Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum.
KEPUTUSAN : 1. Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya
membayangkan kebaikan seorang individu.


ISL(23.Jun.09)