Interaksi 11 dan 12~~

Saturday, October 10, 2009

Definisi

1. M'dapat informasi ttg p'capaian & kemajuan bljr
2. M'efektifkan p'gunaan informasi utk m'capai tujuan p'capaian.

Pelaksanaan

1. Kompetensi Asas
2. Indikator (kayu p'ukur)
3. Langkah p'laksanaan (awak,inti,akhir)
4. Metode,sumber,media
5. Penilaian (lisan,bertulis,perbuatan,portfolio)

Ciri-ciri Penilaian

1. Kaedah JIGSAW
Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).


Pelaksanaan JIGSAW

Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

2. Kritikan Terbuka
membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).

Ciri-ciri Kritikan Terbuka
a)Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
b)Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
c)Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

3. Penilaian Rakan Kumpulan

Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama.

Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

Ciri-ciri Rakan Kumpulan
a)Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
b)Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

1. Brosur
Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

2. Power Point
Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.

3. Risalah
Persembahan yang menarik
Pemilihan isi yang menarik
Topik yang menarik
Penggunaan laras bahasa yang sesuai
Ringkas dan padat
Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
Menarik perhatian
Rekaan yang sesuai
Mengetahui golongan sasar yang difokus.

4. Halaman Sesawang (web)
Persembahan rekaan
Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
Penggunaan laras bahasa yang sesuai
Mempunyai maklumat tambahan

Interaksi 10~~Jenis Penilaian Bahasa

Thursday, October 8, 2009

JENIS PENILAIAN BAHASA

FORUM

1. Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
2. Dijalankan secara formal.
3. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,kreatif
dan rasional.
4. Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
5. Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan
selanjutnya.

DEBAT

1. Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
3. Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
4. Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
5. Pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
6. Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO

1. Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
2. Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
3. Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN

1. Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
2. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.  
3. Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
4. Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
5. Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
6. Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
7 Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK

1. Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
2. Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
3. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
4. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH

1. Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. 
2. Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
3. Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
4. Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
  i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu  disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi  sampingan. 
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Peringkat/Langkah:
a)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan. • Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan • Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
b) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan • Mengembangkan isi-isi secara tersusun • Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
c)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan