Interaksi 5~~ Jenis Penilaian Bahasa

Saturday, July 25, 2009

JENIS UJIAN RUJUKAN

UJIAN RUJUKAN NORMA (URN)

1. Membandingkan pelajar berdasarkan dimensi/sifat yg diuji dalam ujian
2. Membandingkan prestasi individu/kumpulan
3. Lebih kepada ujian sumatif

UJIAN RUJUKAN KRITERIA (URK)

1. Menentukan status seseorang dlm dimensi/sifat yg diukur adalah tepat sama ada
sudah menguasai objektif yg diuji itu dengan jitu.
2. Menentukan taraf pencapaian individu dalam sesuatu bidang kemahiran.
3. Lebih kepada ujian formatif.

PERBEZAAN URN & URK



PRINSIP UJIAN
1. KESAHAN
- Dapat mengukur perkara yg hendak diuji
2. KESAHAN ISI
- Menguji isi kandungan mata pelajaran
3. KESAHAN RAMALAN
- Soalan yg memandang masa depan
4. KESAHAN SERENTAK
- Pencapaian yg dicapai adalah selaras
5. KESAHAN GAGASAN
- Meliputi nilai kemanusiaan, psikomotor,afektif & kognitif
6. KEBOLEHTADBIRAN
- Suasana yg kondusif & ketepatan masa
7. KEMUDAHTAFSIRAN
- Penilaian/pencapaian calon yg jelas
8. KEBOLEHPERCAYAAN
- Pencapaian yg tekal
9. KEOBJEKTIFAN
- Cara pemberian markah yg selaras

UJIAN FORMATIF

1. Pentaksiran yg sistematik dijalankan semasa proses P&P untuk membaiki proses itu.
2. Diadakan sepanjang masa pembelajaran.
3. Maklumat daripadanya digunakan serta-merta & terus-menerus untuk membantu pelajar
mencapai objektif yg dirancang.
4. Diadakan dari semasa ke semasa slps guru selesai mengajar sesuatu topik.
5. Keputusan yg diperoleh menunjukkan keberkesanan pengajaran guru.
6. Guru boleh segera mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan murid &
mengubahsuai strategi P&P.
7. Boleh dilaksanakan secara Informal-pemerhatian, kerja latihan & kuiz.
8. Guru boleh memperbetulkan kesalahan murid serta-merta.
9. Panduan harus diberikan kepada murid bagi mengatasi masalah penguasaan
pembelajaran.
10.Markah tidak penting utk diberi kepada murid.
11.Murid akan sentiasa berada dlm keadaan sedia utk menerima pelajaran.

UJIAN SUMATIF

1. Pengukuran secara menyeluruh taraf pencapaian terhadap objektif selepas satu
peringkat pembelajaran.
2. Menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai.
3. Skop meliputi sebahagian besar perkara yg dipelajari.
4. Dijalankan secara formal pd akhir peringkat pembelajaran
5. Penilaian untuk memberi gred & pemeringkatan kedudukan murid.
6. Menentukan pencapaian dan kesediaan pelajar untuk memalar ke tahap selanjutnya
dalam pendidikan.
7. Ujian harus terdiri daripada pelbagai contoh yg meliputi keseluruhan kurikulum.
8. Ujian haruslah berdasarkan JSU dan dimulakan dari aras yg mudah ke sukar.

PERBEZAAN UJIAN FORMATIF DAN SUMATIF

UJIAN FORMATIF

1. KONSEP
-Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran
2. TUJUAN
-Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
3. WAKTU PENILAIAN
-Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4. KAEDAH
-Formal : pensel-kertas
-Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan.
5.SELEPAS PENILAIAN DIJALANKAN
-Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan

UJIAN SUMATIF
1. KONSEP
-Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
2. TUJUAN
-Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
3. WAKTU PENILAIAN
-Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
4. KAEDAH
-Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.
5. SELEPAS PENILAIAN DIJALANKAN
-Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.

24.JULAI.2009(JUMAAT)