Interaksi 7~~Penilaian Bahasa Melalui Kontrak Pembelajaran

Tuesday, August 11, 2009

Konsep Kontrak Pembelajaran:

1. Perjanjian Pembelajaran
2. Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan )
3. Dibuat secara bertulis
4. Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan.
5. Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
6. Kriteria ditetapkan oleh guru

Kriteria Yang Berkaitan:

1. Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
2. Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
3. Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
4. Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut

Fungsi:
1. Pelajar mengenal pasti & merekod
2. Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri
3. Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut
4. Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya
5. Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai
6. Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai
7. Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing2
8. Hasilkan kerja yang terancang
9. Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan

Bagaimana Ia Digunakan?
1. Penilaian objektif tugasan
2. Hasil pembelajaran
3. Penilaian
4. Format / bentuk

Penilaian Objektif Tugasan:
1. Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
2. Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang paling sesuai
3. Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana2 yang difikirkan paling sesuai

Hasil Pembelajaran:
1. Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb
2. Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.

Penilaian:
1. Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka
2. Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan
3. Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat2 / kriteria tertentu
4. Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya.

Format/Bentuk:
1. Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat.
2. Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi.
3. Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas.

Selasa (11.OGOS.2009)

0 comments:

Post a Comment